Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Beri Maklumat Kepada Saluran Betul Bukan Kepada Umum Untuk Dapatkan Perlindungan - pakdin.my

Jika bukan kerana politik, Rafizi pasti secara ‘discreet’ menuju ke SPRM atau PDRM dan memohon WBPA untuk menyampaikan maklumat penting tentang salah laku mahu pun korupsi yang difikirkan berlaku dalam skandal 1MDB dan membiarkan pihak-pihak berkewajiban melaksanakan tugasnya; bukan memanggil sidang akhbar dan menjatuhkan ‘hukuman politik’ terlebih dahulu sebelum siasatan dilakukan dan pertuduhan dijatuhkan kepada suspek melangkaui kuasa SPRM, PDRM mahu pun peguam negara.
Jauh lagi dari menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang dipertuduhkan hingga melangkaui bidangkuasa mahkamah.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 adalah saluran yang betul di bawah undang-undang Malaysia dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai salah laku perlu dedah kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Tidak wajar sebarkan kepada orang ramai mengenai maklumat yang belum disahkan kesahihannya terlebih dahulu dan kemudian menuntut perlindungan di bawah Akta ini.”

Itu tegasan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad samada akta itu akan melindungi penyebar maklumat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedangkan maklumat itu didapati menerusi cara salah atau dicuri.

Menurutnya, sebarang maklumat mengenai salah laku perlu melalui saluran yang betul supaya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 boleh digunakan secara adil.

“Saya berfikir bahawa akta ini tidak boleh memberi apa-apa keistimewaan kepada mereka, terutamanya selepas mereka mendedahkan maklumat yang belum disahkan dari sumber-sumber yang meragukan kepada orang ramai,” katanya.

Seksyen 11, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, menyatakan bahawa agensi penguatkuasaan hendaklah membatalkan perlindungan pemberi maklumat yang diberikan di bawah seksyen 7 jika ia berpendapat, berdasarkan penyiasatannya atau dalam perjalanan penyiasatannya bahawa, pemberi maklumat itu sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar yang didedahkan itu, pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam pendedahan kelakuan tidak wajarnya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar.

Ia termasuk pendedahan kelakuan tidak wajar itu adalah remeh atau menyusahkan serta pendedahan kelakuan tidak wajar mempersoalkan merit dasar kerajaan terutamanya, termasuk dasar sesuatu badan awam.

Pihak berkuasa sebelum ini telah memanggil beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli serta pihak pengurusan atasan The Edge Media Group.

Apa sekalipun, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, tindakan pihak terbabit sedari awal adalah salah dan dilihat melulu.

Ia katanya, kerana pihak terbabit terlebih dahulu mendedahkan maklumat kepada umum sebelum pihak berkuasa meskipun wujud saluran undang-undang yang betul untuk membantu mereka dalam perkara ini.

UTAMAEDITORIAL1MDBAkta Perlindungan Pemberi Maklumat: Beri Maklumat Kepada Saluran Betul Bukan Kepada Umum...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium