Video: Pelantikan Sebagai TPM Satu Takdir Tidak Diharapkan – Zahid Hamidi

najib-zahid-rombakan-kabinet

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan sebagai timbalan perdana menteri yang baharu adalah sebagai satu takdir yang tidak pernah diharapkan dalam karier politiknya.

Menurut Ahmad Zahid pelantikannya sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarah beliau bersama perdana menteri dalam kerajaan.

“Ini mengulangi sejarah lama ketika beliau (Najib) menjadi Menteri Belia dan Sukan dan saya menjadi Setiausaha Politik.

“Ini satu putaran hayat politik yang saya tak pernah harapkan.

Tapi kuasa Allah, saya terima ini sebagai satu takdir, qada dan qadar,” katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Terdahulu Najib mengumumkan rombakan Kabinet Persekutuan dengan menyaksikan Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Kedudukan Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri turut dikekalkan.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid juga menggesa semua anggota Kabinet dan ahli Umno memberi sokongan kepada Najib.

“Saya mohon rakan-rakan dalam Kabinet, ketua-ketua bahagian dan sayap dalam Umno malah kepimpinan parti dapat beri dokongan kepada perdana menteri. Insyallah kita akan membantu,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...