Saya Tiada Komen – Mukhriz - pakdin.my

Mukhriz tiba di kediaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, selepas Perdana Menteri mengumumkan pengguguran Muhyiddin dari barisan Kabinet
Mukhriz tiba di kediaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Damansara, selepas Perdana Menteri mengumumkan pengguguran Muhyiddin dari barisan Kabinet

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mempunyai sebarang komen ketika ditanya mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

“Saya tidak mempunyai komen, terima kasih,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.

Mukhriz yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah melawat Muhyiddin berada di kediaman bekas timbalan perdana menteri itu selama hampir dua setengah jam.

Ditanya adakah beliau akan menghadiri sidang media yang diadakan Muhyiddin pada pagi Rabu, Mukhriz berkata: “Itu anda kena tanya dia (Muhyiddin).”

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada malam Selasa, Muhyiddin memberitahu bahawa beliau akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media di kediamannya pada pagi Rabu.

UTAMAPOLITIKSaya Tiada Komen - Mukhriz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium