BERITAMH370: Beg pakaian ditemui

MH370: Beg pakaian ditemui

mh370-beg-ditemui-21

Pulau Reunion (Madagascar): Selepas serpihan didakwa sayap pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang lebih setahun lalu ditemui di Pulau Reunion semalam, hari ini beg pakaian yang rosak ditemui berhampiran lokasi penemuan serpihan berkenaan.

Portal berita Perancis, Linfo.re melaporkan, beg berkenaan ditemui seorang petani.

Turut dipaparkan di portal itu, gambar beg berkenaan yang berkarat dan kainnya koyak.

Sementara itu, wartawan akhbar L’île de la Réunion Julien Delarue melaporkan penemuan beg pakaian itu di Twitter miliknya.

Katanya, beg itu ditemui di pulau berkenaan sehari selepas beberapa penduduk menemui serpihan didakwa sayap pesawat MAS MH370.

mh370-beg-ditemui-1

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami