UtamaNASIONALMH370: Kerajaan akan umum...

MH370: Kerajaan akan umum sebaik dapat pengesahan - pakdin.my

mh370-sayap-menyamai-b777

Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sudah menghantar dua pasukan – satu ke bandar raya Toulouse, Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion – berikutan penemuan serpihan pesawat di pulau Lautan Hindi itu.

Menurut Perdana Menteri, laporan awal membayangkan bahawa serpihan berkenaan besar kemungkinan berasal daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777, tetapi langkah perlu diambil untuk memastikan sama ada ia adalah daripada pesawat MH370 Malaysia Airlines, yang hilang pada 8 Mac 2014.

mh370-penemuan-sayap

Melalui catatan dalam blog beliau, NajibRazak.com, Najib berkata pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.

“Malaysia menerima berita daripada pihak berkuasa Perancis bahawa serpihan pesawat terdampar di pantai Reunion, pulau milik Perancis di Lautan Hindi, di timur Madagascar.

“Untuk mendapatkan kepastian dengan secepat mungkin, pihak berkuasa Perancis akan menghantar serpihan itu ke Toulouse, tempat terletaknya pejabat BEA terdekat, pihak berkuasa Perancis yang bertanggungjawab bagi penyiasatan berhubung nahas penerbangan awam,” kata beliau.

Najib berkata, pasukan Malaysia yang menuju ke Toulouse terdiri daripada wakil kanan daripada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, pasukan penyiasat MH370 dan Malaysia Airlines. “Pada waktu sama, pasukan kedua Malaysia pula menuju ke tempat serpihan itu ditemui di Reunion,” katanya.

MH370-debris_5

Lokasi berkenaan, kata beliau, adalah sejajar dengan hasil analisis hanyutan yang diberi kepada pasukan penyiasat Malaysia melibatkan laluan dari selatan Lautan Hindi ke Afrika.

Najib berjanji bahawa sebaik sahaja mendapat lebih banyak maklumat atau pengesahan, kerajaan akan mengumumkannya kepada orang ramai, sambil menyatakan bahawa sebelum ini, terdapat begitu banyak berita palsu.

“Tetapi, demi kepentingan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan yang melalui ketiadakpastian yang begitu memeritkan perasaan, saya berdoa agar kita akan menemui kebenaran agar mereka akhirnya memperoleh khabar yang meyakinkan serta menikmati kedamaian jiwa.

“Saya berjanji kepada keluarga mereka yang hilang itu bahawa biar apa pun terjadi, kami tidak akan berhenti daripada berusaha,” kata beliau.

Menurut laporan, selain kepingan serpihan, satu beg pakaian juga ditemui berhampiran tempat sama dan ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa ia berasal daripada pesawat yang hilang itu.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang terdiri daripada anak kapal dan penumpang, hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...