Anggota polis cedera dihempap pokok di jalan Sungai Choh – Bukit Beruntung - pakdin.my

motosikal-dihempap-pokok-sungai-choh

Penunggang motosikal yang juga anggota polis cedera selepas pokok getah tumbang dan menghempap mangsa di Jalan Sungai Choh – Bukit Beruntung petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika hujan lebat dan ribut melanda kawasan itu.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Shamsol Majidy Hassan berkata, bomba menerima panggilan jam 4.39 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita dimaklumkan kejadian pokok tumbang dan setibanya di lokasi kita dapati sebatang pokok getah merintangi jalan raya.

“Operasi mengalihkan pokok sudah dilakukan dan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

UTAMABERITAAnggota polis cedera dihempap pokok di jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium