UtamaNASIONALMH370: pakar Malaysia tiba...

MH370: pakar Malaysia tiba di Reunion - pakdin.my

MH370-debris_5

Saint-Denis (Reunion): Sekurang-kurangnya 10 pakar penerbangan Malaysia dilihat tiba di pulau Reunion, pada sebelah pagi (waktu tempatan) mengikut laporan AFP.

Menurut kakitangan hotel, kesemua pakar itu dilihat meninggalkan beg mereka di hotel dan terus menuju lokasi penemuan serpihan sayap yang mungkin ada kaitan dengan kehilangan MH370.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia menghantar dua pasukan – satu ke bandar raya Toulouse, Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion – berikutan penemuan serpihan pesawat di pulau Lautan Hindi itu.

Kata perdana menteri, laporan awal membayangkan bahawa serpihan berkenaan besar kemungkinan berasal daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777, tetapi langkah perlu diambil untuk memastikan sama ada ia adalah daripada pesawat MH370 Malaysia Airlines, yang hilang pada 8 Mac 2014.

Melalui catatan dalam blog beliau, NajibRazak.com, Najib berkata pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.

“Malaysia menerima berita daripada pihak berkuasa Perancis bahawa serpihan pesawat terdampar di pantai Reunion, pulau milik Perancis di Lautan Hindi, di timur Madagascar.

“Untuk mendapatkan kepastian dengan secepat mungkin, pihak berkuasa Perancis akan menghantar serpihan itu ke Toulouse, tempat terletaknya pejabat BEA terdekat, pihak berkuasa Perancis yang bertanggungjawab bagi penyiasatan berhubung nahas penerbangan awam,” kata beliau.

Najib berkata, pasukan Malaysia yang menuju ke Toulouse terdiri daripada wakil kanan daripada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, pasukan penyiasat MH370 dan Malaysia Airlines.

“Pada waktu sama, pasukan kedua Malaysia pula menuju ke tempat serpihan itu ditemui di Reunion,” katanya.

Lokasi berkenaan, kata beliau, adalah sejajar dengan hasil anlisis hanyutan yang diberi kepada pasukan penyiasat Malaysia melibatkan laluan dari selatan Lautan Hindi ke Afrika.

Najib berjanji bahawa sebaik sahaja mendapat lebih banyak maklumat atau pengesahan, kerajaan akan mengumumkannya kepada orang ramai, sambil menyatakan bahawa sebelum ini, terdapat begitu banyak berita palsu.

“Tetapi, demi kepentingan keluarga yang kehilangan orang tersayang dan yang melalui ketiadakpastian yang begitu memeritkan perasaan, saya berdoa agar kita akan menemui kebenaran agar mereka akhirnya memperoleh khabar yang meyakinkan serta menikmati kedamaian jiwa.

“Saya berjanji kepada keluarga mereka yang hilang itu bahawa biar apa pun terjadi, kami tidak akan berhenti daripada berusaha,” kata beliau.

Menurut laporan, selain kepingan serpihan, satu beg pakaian juga ditemui berhampiran tempat sama dan ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa ia berasal daripada pesawat yang hilang itu.

Pesawat MH370 yang membawa 239 orang terdiri daripada anak kapal dan penumpang, hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Berkaitan

Baca Juga

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu...

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...