BERITARombakan Kabinet Dibuat Selepas Pemimpin Umno Berbincang Di Telegram

Rombakan Kabinet Dibuat Selepas Pemimpin Umno Berbincang Di Telegram

najib-senarai-rombakan-kabinet

Rombakan Kabinet dilakukan selepas lebih 150 ketua Umno bahagian melahirkan sokongan mereka kepada perdana menteri untuk melakukan demikian.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kepimpinan tertinggi parti itu telah berbincang isu berkenaan melalui aplikasi Telegram selepas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap mengenai 1MDB secara terbuka pada Ahad.

“Dalam tujuh jam (pada Isnin), seramai 154 ketua bahagian telah bersetuju dan menyokong presiden untuk melakukan rombakan Kabinet.

“Dan kami dalam majlis tertinggi turut bersama memberi mandat kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk merombak Kabinet,” kata timbalan menteri pengangkutan itu ketika merasmikan mesyuarat agung perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai di sini pada Sabtu.

Aziz memberitahu, Muhyiddin juga perlu dihadapkan ke panel disiplin parti berikutan tindakannya menentang Najib seperti yang didedahkan melalui video yang dirakam di rumah bekas timbalan perdana menteri berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami