BERITABahagian UMNO Berhak Menerus Atau Membatalkan Undangan Rasmi Mesyuarat Perwakilan

Bahagian UMNO Berhak Menerus Atau Membatalkan Undangan Rasmi Mesyuarat Perwakilan

wanita-umno

Ketua-ketua bahagian UMNO di Kedah berhak menentukan sama ada ingin menerus atau membatalkan undangan kepada pemimpin UMNO bagi merasmikan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Menegaskan demikian Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai ketua bahagian beliau mempunyai hak untuk menentukan suasana di dalam bahagiannya berada dalam keadaan baik.

“Kalau saya sendiri pun saya tidak mahu orang lain tentukan, tapi itu cadangan. Sebagai ketua bahagian, saya mempunyai hak untuk menjemput sesiapa yang saya rasa boleh membantu.

“Hak ketua bahagian kita harus hormati,” kata Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). kepada pemberita di Majlis Hari Raya Aidilfitri KPDNKK di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menasihatkan bahagian-bahagian di Kedah tidak membatalkan undangan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk merasmikan mesyuarat perwakilan.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah menganggap pembatalan atau penarikan balik undangan terhadap kedua-dua pemimpin Umno yang digugurkan dalam rombakan kabinet itu sebagai tindakan “kurang manis”.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami