PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Tabung Haji Terima RM9.15 Juta Sumbangan Korporat Untuk Jemaah Haji

    Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan berjumlah RM9.15 juta daripada 34 syarikat korporat dan swasta menerusi Program Sahabat Korporat Tabung Haji pada tahun ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sumbangan itu terdiri daripada barangan keperluan dan wang tunai untuk kegunaan jemaah haji yang menunaikan ibadah itu, tahun ini.

    “Saya bagi pihak Tabung Haji dan jemaah-jemaah haji tahun ini ingin merakamkan penghargaan kepada sahabat-sahabat korporat Tabung Haji yang telah tampil memberikan sumbangan mereka.

    “Sumbangan mereka terdiri daripada beg, buku panduan haji, peralatan kebersihan diri, ubat-ubatan dan saya amat berterima kasih kerana sumbangan ini amat bermakna kepada jemaah haji tahun ini,” katanya kepada pemberita semasa majlis simbolik penyerahan sumbangan dan penghargaan sahabat korporat Tabung Haji musim haji 1436H, di sini Selasa.

    Katanya, sumbangan itu amat membantu Tabung Haji, terutama ketika lembaga itu dijangka menanggung RM150 juta perbelanjaan pengurusan jemaah haji tahun ini termasuk tanggungan subsidi haji sebanyak RM7,290 bagi setiap jemaah haji.

    Antara badan-badan korporat dan agensi yang tampil memberikan sumbangan itu termasuk Yayasan Felda, Maybank Islamic Bhd, Lembaga Zakat Selangor, Chemical Company of Malaysia Bhd, Bank Islam Bhd, Telekom Malaysia, Affin Bank Bhd, Bank Rakyat, BIMB Holdings Bhd, Malakoff Corporation Bhd dan Perodua Sales Sdn Bhd.

    Dalam pada itu Jamil Khir berkata, sebanyak 22,320 jemaah akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini iaitu berkurangan sebanyak lebih 20 peratus berbanding kouta sebelum ini iaitu 27,900.

    Katanya, pengurangan kouta itu oleh kerajaan Arab Saudi sejak 2013 berikutan kerja-kerja pembangunan Masjidil Haram dan kemudahan operasi haji yang lain yang masih belum selesai.

    “Bagaimanapun kita telah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Arab Saudi untuk memberikan kouta tambahan pada tahun ini dan kita masih menunggu jawapan daripada mereka,” katanya.

    Selain itu, katanya, Kursus Perdana Haji yang dilaksanakan di seluruh negara sebagai persediaan untuk jemaah haji sebelum ke tanah suci juga sudah hampir selesai dan kumpulan pertama jemaah dijangka akan diterbangkan pada 16 Ogos ini.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah