MH370 : Kenyataan Mengenai Oleh Perdana Menteri - pakdin.my

mh370-penemuan-pulau-reunion-sah

Berikut adalah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang. Hari, minggu dan bulan yang mendatang menjadi tempoh yang cukup menyiksakan bagi keluarga mereka yang berada dalam pesawat itu.

Pesawat itu hilang tanpa duluan. Di setiap peringkat, kami hanya mengikuti bukti sekecil mana yang ada. Namun, usaha 26 negara serta pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan, dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi, masih gagal mengesan pesawat itu.

Malah, pakar penerbangan dunia gagal memberikan jawaban mengapa MH370 terpesong daripada laluannya dan hilang. Ketika kehilangan pesawat itu kekal satu misteri, kami berkongsi keperitan keluarga mereka.

Minggu lalu, pada 29 Julai, kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa Perancis bahawa sebahagian daripada sayap pesawat ditemui di Reunion, sebuah pulau kecil milik Perancis di Lautan Hindi.

MH370-debris_5

Hari ini, 515 hari selepas pesawat itu hilang, dengan hati yang berat saya perlu memberitahu anda bahawa pasukan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.

Kami kini mempunyai bukti fizikal yang mana saya umumkan pada 24 Mac tahun lalu, pesawat MH370 secara tragik berakhir di selatan Lautan Hindi.

Ini adalah kawasan terpencil, bergelora dan berbahaya, dan sebagai mewakili Malaysia saya berterima kasih kepada banyak negara, pertubuhan dan individu yang terlibat dalam pencarian ini.

Beban dan ketidaktentuan yang dihadapi semua keluarga terlibat sepanjang tempoh ini memang sukar dijelaskan.

Saya berharap dengan pengesahan ini, walaupun tragik dan menyakitkan, ia setidak-tidaknya memberi kepastian kepada keluarga dan orang tercinta bagi semua 239 orang yang berada di dalam MH370. Kami turut bersimpati dan berdoa untuk mereka.

Saya ingin memberi jaminan kepada mereka yang terjejas akibat tragedi ini bahawa kerajaan Malaysia komited untuk melakukan apa yang terdaya untuk mencari kepastian apa yang sebenarnya berlaku.

Kehilangan MH370 menyebabkan kita bersatu sebagai satu bangsa. Kami berkabung bersama anda, sebagai satu negara.

Saya menjanjikan ini: Malaysia akan sentiasa memperingati mereka yang terkorban dalam MH370.

UTAMABERITAMH370 : Kenyataan Mengenai Oleh Perdana Menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium