MH370 : Takdir penamatnya disahkan, sekarang usaha mencari - pakdin.my

mh370-sidang-media-najib-debris-sah

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengesahkan kepak sayap (flaperon) yang ditemui di Pulau Reunion minggu lalu adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Menurutnya, pengesahan itu dibuat kumpulan pakar daripada Perancis, Malaysia, Boeing dan wakil dari China yang menjalankan pemeriksaan di sebuah makmal kendalian Kementerian Pertahanan Perancis di Toulouse.

Pengumuman khas Najib dibuat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC), Kuala Lumpur jam 2 pagi Khamis.

Turut berada di PWTC ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Najib, bukti fizikal yang diperolehi selepas 515 hari kehilangan pesawat itu menepati pengumuman yang dibuatnya pada 24 Mac tahun lalu bahawa penerbangan MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Beliau bagi pihak Malaysia katanya berterima kasih kepada pelbagai negara, organisasi dan individu yang terbabit dalam pencarian yang dijalankan.

Najib menambah bahawa beliau berharap pengesahan itu sekalipun trajis dan memedihkan akan akhirnya menamatkan segala keraguan anggota keluarga 239 penumpang dan kru pesawat terbabit.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tetap komited untuk mencari kebenaran punca nahas itu.

“Kehilangan MH370 menandakan kita sebagai sebuah negara. Kami berdukacita bersama kamu sebagai sebuah negara.

“Malaysia akan sentiasa mengenang dan menghargai mereka yang hilang bersama penerbangan MH370,” katanya.

Minggu lalu, masyarakat dunia kembali memperkatakan isu MH370 susulan penemuan serpihan yang dipenuhi cangkerang dan berkarat oleh seorang pekerja pembersih pantai di Pulau Reunion pada 29 Julai lalu.

mh370-penemuan-sayap

Penemuan beberapa botol air mineral keluaran Malaysia tidak jauh dari lokasi serpihan sayap pesawat itu ditemui di pantai pulau tersebut kemudiannya tambah mengukuhkan spekulasi ramai.

Pasukan pakar teknikal di Perancis telah menjalankan pemeriksaan terhadap serpihan kepak sayap yang sebelum ini disahkan milik pesawat Boeing 777 sejak diterbangkan ke negara itu Sabtu lalu.

MH370-debris_5

Misteri penerbangan MH370 bermula sejak pesawat itu hilang dari pengesanan radar bersama 239 penumpang dan anak kapal sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing, China 8 Mac tahun lalu.

Proses pencarian pasukan antarabangsa membabitkan perbelanjaan sehingga A$120 juta di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi lautan di barat Australia gagal memberikan sebarang hasil.

Pada Januari, kerajaan Malaysia secara rasmi mengumumkan kehilangan penerbangan MH370 sebagai kemalangan sekaligus membuka laluan kepada Penerbangan Malaysia untuk melakukan pembayaran saguhati kepada keluarga mangsa.

Susulan itu juga, kawasan pencarian diperluaskan lagi membabitkan 60,000 kilometer persegi kawasan lautan yang dipercayai kerajaan Malaysia dan Australia sebagai meliputi 95 peratus laluan penerbangan MH370 dengan kos tambahan sehingga A$50 juta lagi.

UTAMABERITAMH370 : Takdir penamatnya disahkan, sekarang usaha mencari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium