Dua maut ketika jalani latihan paraglider - pakdin.my

paraglider-2-maut-2

Dua orang paraglider maut selepas payung terjun mereka tersangkut pada pokok di tebing curam ketika melakukan luncur udara di puncak Gunung Jerai di sini tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52.

Mohd Hazlan yang merupakan anggota polis di Balai Polis Simpang Empat, Perlis adalah tenaga pengajar paragliding di Kelab Luncur Udara Indra Kayangan manakala Liang merupakan sub kontraktor syarikat swasta.

Saksi berkata payang terjun yang dinaiki mangsa kelihatan tidak stabil disebabkan keadaan angin kencang sebelum mereka terjatuh pada tebing curam.

paraglider-2-maut-1

Katanya kedua-dua peluncur itu merupakan yang terakhir berlepas selepas enam peluncur lain terjun dengan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata pihaknya mendapati mangsa tersangkut pada pokok di tebing curam kira-kira empat kilometer dari puncak gunung dan diturunkan oleh anggota bomba pada ketinggian tebing kira-kira 50 meter.

Katanya mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

UTAMABERITADua maut ketika jalani latihan paraglider

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium