Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKSerangan Siber Bahayakan Keselamatan...

Serangan Siber Bahayakan Keselamatan Negara Walaupun Sekadar Berseronok – Pakar - pakdin.my

undang-undang-siber-malaysia

Walaupun tiada kaitan dengan politik dan hanya dilakukan untuk tujuan berseronok, serangan dan ancaman siber daripada penggodam boleh membahayakan keselamatan negara, kata pakar tempatan.

Pakar perang siber percaya penggodam berbuat demikian bertujuan menarik perhatian terhadap langkah tidak bertanggungjawab mereka untuk mengganggu dan menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Pengarah esksekutif dan perunding kanan keselamatan IT LE Global Services Sdn Bhd Fong Choong Fook berkata penggodam dan tentera siber mungkin menjadikan infrastruktur penting negara sebagai sasaran mereka untuk meruntuhkan negara, kerajaan atau pihak yang memegang kuasa.

“Antara contohnya ialah sektor kewangan, tenaga, telekomunikasi, pendidikan, kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Baru-baru ini, satu video dipercayai daripada sebuah kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia, muncul di laman media sosial dan mengisytiharkan mereka akan melancarkan perang secara habis-habisan terhadap kerajaan sedia ada.

Dalam video berkenaan, seorang yang memakai topeng yang mewakili kumpulan itu, mengancam untuk menggunakan semua sumber yang ada untuk melancarkan peperangan melalui internet bagi menyokong perhimpunan yang dirancang diadakan di sini pada 29 dan 30 Ogos ini.

Mengulas ancaman itu, Fong berkata beliau secara peribadi berpendapat perisytiharan kumpulan ity hanya temberang dan mereka tidak bersungguh-sungguh mengenainya.

“Perbuatan menggodam laman sesawang adalah perkara biasa, dan patut dianggap sebagai ‘rahmat’ kerana apabila sesuatu laman sesawang digodam, orang ramai akan lebih tahu mengenainya.

“Dalam menjalankan tugas sebagai penyiasat, kami mendapati penjenayah menggodam pelayan dan bersembunyi di dalam pelayan itu selama bertahun-tahun untuk mencuri rahsia perdagangan dan data sensitif korporat,” katanya.

Dari sudut positif pula, Fong menjelaskan bahawa penggodam hanya mencari peluang dan alasan untuk melaksankan rancangan mereka dengan tujuan untuk mencari hiburan di ruang siber.

“Penggodam macam anda dan saya jugalah, sangat sukar untuk mengetahui apa yang dia mahu. Tetapi, memang ada individu oportunis yang ingin mendapatkan sesuatu untuk dirinya,” kata beliau.

Dekan Fakulti Maklumat dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Abdullah Mohd Zin pula berkata lazimnya, penggodam tidak melibatkan diri dengan politik.

Menurutnya cara paling berkesan kerajaan melindungi infrastruktur maklumat penting negara daripada ancaman penggodam ialah dengan memiliki keselamatan siber bergred tinggi.

“Pelbagai agensi seperti CyberSecurity Malaysia boleh melaksanakan tugas itu,” katanya.

Beliau berkata sistem yang digunakan entiti peringkat lebih rendah seperti pejabat daerah, yang sistem keselamatannya tidak dinaik taraf dari semasa ke semasa, lebih terdedah kepada serangan itu.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918