UtamaPOLITIKBadminton Dunia: Chong Wei...

Badminton Dunia: Chong Wei mara ke suku akhir (video) - pakdin.my

lee-chong-wei-jakarta

JAKARTA: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misinya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia apabila mara ke suku akhir, malam tadi.

Kejayaan itu hadir selepas bekas pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-17, 21-19 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Tertutup Istora Senayan.

Riak wajah puas jelas terpancar di muka pemain berusia 33 tahun itu apabila dia menjerit sebagai tanda meraikan kemenangannya.

“Selepas setahun, saya kembali beraksi dalam Kejohanan Dunia. Tekanan memang ada kerana mahu mendapatkan semula kemuncak prestasi terbaik saya seperti ketika di Kejohanan Dunia (Copenhagen) tahun lalu, saya masih belum capai tahap itu lagi.

“Saya menjerit bagi melepaskan geram. Esok sudah aksi suku akhir dan saya harap prestasi saya akan bertambah baik,” kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan.

Pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu, berkata Zhengming memberikan tentangan yang sengit tetapi dia bertekad untuk tidak mahu kalah kepada pemain China berkenaan.

“Saya tidak pernah tewas kepada Zhengming dalam 13 perlawanan sebelum ini. Jadi, saya memang tidak mahu kalah kepadanya. Saya mahu habiskan perlawanan secara straight set kerana saya boleh menyimpan tenaga untuk aksi seterusnya,” kata Chong Wei.

Pada aksi suku akhir esok, dia akan menentang pemenang perlawanan antara pemain Hong Kong, Hu Yun.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Chong Wei yang sudah sembilan kali beraksi di Kejohanan Dunia adalah muncul naib juara pada 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2014 di Copenhagen.

https://www.youtube.com/watch?v=HxoJH2BFCK4

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...