Perkhidmatan KTM Komuter Laluan Rawang Terjejas Akibat Pokok Tumbang - pakdin.my

ktm-laluan-rawang-pokok-tumbang

Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan Rawang hari ini tergendala hampir empat jam selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang landasan di laluan Stesen Putra ke Segambut, di sini hari ini.

Jurucakap KTMB berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 6 petang itu menyebabkan tren yang menggunakan laluan berkenaan mengalami kelewatan melebihi 30 minit.

“Perkhidmatan di laluan terbabit kembali pulih pada pukul 9.30 malam tadi tetapi hanya satu landasan beroperasi ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan ia dijangka pulih sepenuhnya pada tengah malam nanti.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur Wahid Mahat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak KTMB pada 7.15 malam tadi.

“Pokok yang tumbang itu telah menghalang laluan di kedua-dua landasan yang terlibat dan sebanyak dua jentera dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba Hang Tuah serta Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Proses pemotongan pokok tumbang di landasan terjejas dibersihkan oleh bomba bersama pekerja daripada KTMB,” katanya

UTAMABERITAPerkhidmatan KTM Komuter Laluan Rawang Terjejas Akibat Pokok Tumbang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium