Seorang Anggota Tentera Maut, Seorang Cedera Dalam Insiden Tembakan Rambang Di Lahad Datu - pakdin.my

Pos Mortar, FELDA Sahabat
Pos Mortar, FELDA Sahabat

Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, awal pagi Khamis.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu anggota yang terbunuh dikenali sebagai Koperal Raju Karno Rano Karno, 30, manakala anggota yang cedera dikenali sebagai Koperal Julian Anak Janang.

Katanya, Raju Karno yang mengalami kecederaan di bahagian leher meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Julian mengalami kecederaan di bahagian paha.

“Kejadian itu bermotifkan salah faham dan tidak ada unsur-unsur melibatkan serangan pihak luar. Suspek beranggapan dirinya telah dipulaukan oleh rakan-rakannya lalu mengambil tindakan melepaskan tembakan rambang,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut Awang Sahari, suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan manakala sepuncuk senapang M4 Carbain serta satu kelopak mengandungi 22 butir peluru hidup dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITASeorang Anggota Tentera Maut, Seorang Cedera Dalam Insiden Tembakan Rambang Di Lahad...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium