Perancangan menyingkirkan Najib terbongkar - pakdin.my

gani-patail-muhyiddin

Mungkin CBNGO tahu sesuatu yang RPK tahu tetapi terlalu takut jika maklumat tersebut mungkin dibocorkan kepada media dan dengan itu mahu”tanam” RPK bersama-sama dengan ‘Pelan X’? Mungkin CBNGO takut yang RPK tidak lama lagi akan memberitahu rakyat Malaysia apa Pelan X sebenarnya?

”The cats are out of the bag”maka rahsia dengan cara tidak sengaja telah terbongkar. Dan, seperti biasa, ianya memerlukan Raja Petra Kamarudin (RPK) untuk mendedahkan secara terperinci perancangan untuk menyingkirkan Dato’ Seri Najib Razak dari pejabat beliau. Jika perancangan tersebut sempurna maka sesungguhnya RPK tidak akan tahu mengenai Pelan A, B, C dan Pelan X. Oleh itu, perancangan tersebut paling tidak sempurna, dan RPK telah membuktikan sekali lagi bahawa beliau benar-benar peka terhadap suasana politik Malaysia.

Dalam politik, orang sentiasa bercakap. Pemberi maklumat dari kalangan orang-orang yang mengadakan persepakatan melawan Najib mula bercakap dari segi timbal balik dan mendedahkankan usaha untuk mengusir Perdana Menteri dari tampok kekuasaan. Sekiranya mereka tidak bekerjasama maka kita akan pastikan lebih banyak tangkapan akan dibuat.

Walaubagaimanapun, kini saya datang untuk memberitahu apa yang anda mungkin sudah tahu dan apa yang ramai daripada UMNO dan barisan pembangkang mungkin tidak tahu; bahawa rancangan itu tidak lagi sekadar mengusir Najib dari tampok kekuasaan. Pelan tersebut adalah untuk membenamkan dengan menggunakan perundangan dan teknikal, dengan rampasan kuasa yang “fell flat on its face” dalam keadaan yang cukup memalukan.

Saya akan beritahu mengenai pelan baru tersebut dalam artikel lain. Dalam artikel ini, mari kita hanya fokus kepada rancangan untuk membenamkan Raja Petra Kamarudin oleh beberapa orang pemberontak “Fifth Column”.

Najib yang ‘senyap’ telah “pre-empted” lebih kurang setiap usaha menafikan institusi demokrasi dengan cara penipuan. Tambahan pula Ketua Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan sulit untuk memendekkan jangkamasa Najib di pejabat. Najib yang ‘senyap’ telah menghantar sentakan yang sama kepada mereka yang bersekongkol ” Confederates of the Fifth Column (COFC)” sebagaimana yang Amerika hantar ke Jepun berikutan serangan ke atas Pearl Harbour.

Dalam erti kata lain, Najib menghantar mesej kepada Mahathir; jangan bangunkan harimau yang sedang tidur, kerana mengaum dengan kuku yang tajam. Dengan mengasah kuku, Najib merangkak ke dalam satu demi satu konspirasi, panas menjejaki beberapa kumpulan pemberontak “Confederates of the Fifth Column (COFC)” yang keluar untuk menggulingkan beliau.

Dalam lingkaran siber yang penuh dengan spekulasi perancangan sulit oleh individu dari pelbagai agensi berkanun untuk membenamkan Najib. Ianya tidak segera timbul samada individu-individu ini mempunyai kaitan dengan orang asing untuk menggulingkan kerajaan Malaysia, atau adakah mereka sedang dimanipulasi oleh pengantara. Namun ada di antara individu-individu ini nampaknya mempunyai kaitan rapat dengan Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara.

Pada 13 Julai 2015, nada konspirasi telah ditetapkan dalam satu artikel yang diterbitkan di Malaysia Today. Konspirasi Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib telah dijelaskan. Malahan artikel tersebut menerangkan beberapa kemungkinan wujud cubaan dari Mahathir sekutu beliau untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan seterusnya, Yang di-Pertuan Agong.

Kemudian, pada hari yang sama, beberapa jam kemudian, Ketua Polis Negara membuat kenyataan nengenai gerakan subversif, mengakui kemungkinan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Beliau nyatakan kebimbangan terhadap keselamatan negara apabila berlaku jenayah kebocoran dokumen kepada warganegara asing.

Ketua Polis Negara mungkin telah membayangkan bahawa bangsa asing tersebut merupakan Xavier Andre Justo daripada Petro Saudi dan Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report, kedua-duanya telah dikenalpasti sebagai sekutu, dalam plot untuk menjatuhkan Najib. Ketua Polis Negara mungkin juga membayangkan orang atau kumpulan disekeliling Justo, Clare, atau Dow Jones & Company Incorporated (penerbit Wall Street Journal).

Menurut Khalid, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengarahkan siasatan penuh tentang kebocoran, yang membawa kepada jejak Bank Negara Malaysia (BNM), Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pasukan Petugas Khas yang telah ditubuhkan oleh Peguam Negara sendiri.

Ironinya, Gani telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas tersebut sebelum Wall Street Journal “got its bull to run the shit “ untuk menjalankan siasatan ke atas Najib dengan dakwaan dana 1MDB yang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Namun beliau telah menjadi selebriti sekelip mata dengan pautan blog dan Presiden Bar Council, yang muncul marah atas pemecatan Gani.

Semasa Muhyiddin memburukkan Najib, beliau tidak mempunyai keberanian untuk mempersoalkan kesahihan perlembagaan Pasukan Petugas Khas yang telah ditubuhkan oleh Gani dalam keadaan tergesa-gesa tanpa kelulusan Kabinet. Sebaliknya, Muhyiddin menegaskan sokongan beliau terhadap Pasukan Petugas dalam satu kenyataan yang telah beliau buat kepada Bahagian Cheras UMNO pada 26 Julai 2015.

Adakah ianya telah meletakkan Muhyiddin sebagai bersalah ketika Gani cuba melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Beliau memesongkan fahaman UMNO dan rakyat Malaysia agar berfikir bahawa pasukan petugas khas tersebut selari dengan perlembagaan. Apakah beliau gagal untuk mempertahankan bosnya ketika COFC menyerang seolah-olah menulis berita kematian Najib pada “political walk of fame”?

Agak menggelikan hati apabila Gabungan Pro-Barisan Nasional Badan Bukan Kerajaan (mari kita memanggil rakan-rakan ini CBNGO) Membuat laporan polis terhadap Raja Petra pada 11 Ogos, 2015. Untuk rekod, CBNGO mendakwa Petra atas dua artikel yang mengatakan wujudnya beberapa konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Ianya juga agak menggelikan hati saya kenapa CBNGO tidak membuat laporan terhadap Najib juga. Anda lihat, Najib dan Ketua Polis Negara lebih kurang secara tersirat telah mendakwa bahawa suatu konspirasi mungkin berlaku untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia. Adakah ia CBNGO terlepas pandang perkara ini, atau mereka sekadar buat tak tahu? Tidur, mungkin?

Adakah CBNGO lupa untuk membuat laporan polis terhadap Gani? Adakah mereka tidak sedar bahawa Gani telah memulakan satu Pasukan Petugas Khas tanpa kelulusan Kabinet? Adakah mereka tidak tahu bahawa perbuatan itu satu pengkhianatan terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Dan di mana adalah Steven Thiru apabila kita memerlukannya? Adakah Presiden Majlis Peguam tidak tahu bahawa Gani telah melanggar Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

Adakah CBNGO juga lupa untuk membuat laporan polis terhadap Dow Jones & Company Incorporated, penerbit daripada Wall Street Journal, yang mendakwa Najib memindahkan USD 700 juta ke dalam akaun peribadi beliau? Adalah CBNGO tidak sedar bahawa menurut perlembagaan, Najib dibenarkan untuk memegang dana sebagai pemegang amanah bagi UMNO? Adalah CBNGO tidak bimbang bahawa Wall Street Journal telah membohongi rakyat Malaysia dengan membuang fakta ini daripada laporan mereka?

Adakah tidak pernah terlintas kepada CBNGO bahawa kebocoran dokumen sulit yang berkaitan dengan pemindahan dana ke dalam akaun bank Najib berasal dari BNM atau sumber pihak ketiga dengan meneliti dokumen BNM di bawah terma kerahsiaan? Adakah usaha mengodam sistem perbankan negara tidak berbau ancaman kepada Keselamatan Negara? Adakah anda semua daripada CBNGO pernah bimbang tentang Keselamatan Negara?

Bila difikirkan semula, mengapa tidak CBNGO membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin? Bukankah ironis bagaimana Muhyiddin mengabaikan tugas dengan meletakkan kedudukannya di BNM atau Gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, sepertimana beliau tidak menghormati Perdana Menteri dalam isu 1MDB?

Seorang lelaki yang berpangkat seperti Muhyiddin pasti tahu bagaimana transaksi luar biasa mencetuskan penggera amaran di BNM, atau mana-mana bank di mana urus niaga tersebut berlaku. Tambahan pula Muhyiddin tahu lebih awal bahawa jumlah tersebut yang melebihi USD 700 juta tidak pernah benar-benar didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi ke dalam akaun amanah Perdana Menteri yang menurut perlembagaan, bagi pihak UMNO.

Siapa sebenarnya yang disokong oleh CBNGO? Barisan Nasional? Mahathir? Najib? Sekarang tidak cukup dengan hanya mengisytiharkan diri sebagai ‘pro BN’ dan membuat kenyataan atau laporan terhadap sesiapa saja termasuk RPK. Hari ini, kita benar-benar perlu tahu siapa yang sebenarnya mereka sokong samada mereka pro-Najib atau pro-Mahathir.

Mengapa perlu siksa RPK yang berada di Manchester, United Kingdom? Mungkin CBNGO tahu bahawa Mahathir telah meminta RPK untuk berkomplot bagi menggulingkan Najib? Mungkin CBNGO tahu sesuatu yang RPK tahu tetapi terlalu takut sekiranya maklumat tersebut dibocorkan kepada media dan dengan itu mahu membenamkan RPK bersama-sama dengan ‘Pelan X’? Mungkin CBNGO takut bahawa RPK tidak lama lagi boleh memberitahu rakyat Malaysia apa Pelan X sebenarnya?

Dan siapa sebenarnya ahli kumpulan “the Confederates of the Fifth Column”?

UTAMAPOLITIKPerancangan menyingkirkan Najib terbongkar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium