UtamaPOLITIKAzmin perlu buat kenyataan...

Azmin perlu buat kenyataan benarkan siasatan dibuat - pakdin.my

azmin-ali-DEIG-siasat

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa membuat kenyataan terbuka untuk membenarkan mana-mana pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang keraguan mengenai penubuhan syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu bagi membuktikan beliau sentiasa menjunjung ketelusan seperti yang selalu dicanangkan sebelum ini.

“Terlalu ba­nyak persoalan yang perlu dijawab khususnya mengenai penubuhan DEIG yang seolah-olah cuba disembunyikan daripada pengetahuan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Selangor sendiri selain bagaimana syarikat bernilai RM2 akan menguruskan kira-kira RM30 bilion aset di bawah Pemerbada­nan Menteri Besar (MBI) Selangor.

“Jika dalam 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) pihak berkuasa dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bebas menyiasat selain pembentangan mengenainya dibuat di Kabinet bagi membuktikan segalanya telus, mengapa tidak kebenaran diberi supaya siasatan dilakukan dalam isu DEIG?” soalnya.

Beliau bercakap kepada pembe­rita selepas merasmikan Persida­ngan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Timbalannya, Prof. Dr. Ismail Daut serta Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zai­nol Abidin.

Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dalam pada itu turut mempersoalkan di ma­na suara dari media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang yang selama ini dilihat begitu agresif mahu bercakap mengenai 1MDB.

“Ini membuktikan mereka bertindak bukan kerana ingin mendapatkan kebenaran sebaliknya demi untuk menjatuhkan seseorang. Isu DEIG tidak boleh menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka tidak banyak yang bercakap,” ujar­nya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Azhari Shaari berkata, tindakan kerajaan negeri yang melaksanakan pemusatan aktiviti pelaburan melibatkan aset anak-anak syarikat di bawah MBI menerusi penubuhan DEIG berkemungkinan besar menyebabkan harga hartanah meningkat.

Ini kerana, katanya, berdasarkan maklumat menerusi laman web syarikat itu deig.com.my, DEIG antara lain terlibat dalam aktiviti pelaburan hartanah melibatkan merancang, membangun serta memasarkan hartanah bagi menjana dana dan meningkatkan nilai kewangan kerajaan negeri.

Malah, pelaburan sektor itu katanya, melibatkan pembangunan perumahan, bandar baharu dan projek-projek komersial di lokasi berpotensi tinggi dan strategik di seluruh Selangor menerusi model perniagaan berasaskan perkongsian dengan pihak berkepentingan yang mampu menjana pulangan nilai antara 15 dan 20 peratus Nilai Pelaburan Kasar.

“Berdasarkan maklumat ber­kenaan, kita tidak menolak usaha kerajaan negeri untuk menjana ha­sil pendapatan yang tinggi. Namun, kita khuatir kewujudan DEIG yang menjalankan model perniagaan tersebut akan memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan khususnya golo­ngan muda.

“Ini kerana, nilai pasaran hartanah di Selangor khususnya dalam perumahan ketika ini dilihat sudah cukup tinggi yang mana ada di antaranya di luar kemampuan rak­yat. Jika penubuhan DEIG berasaskan kepentingan negeri dan rakyat, mengapa aktiviti pelaburan yang dirancang syarikat itu tidak khusus kepada projek perumahan mampu milik,” soalnya selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam hari ini.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-perlu-buat-kenyataan-benarkan-siasatan-dibuat-1.127884#sthash.VD15aONr.dpuf

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...