UtamaPOLITIKBERSIH Tidak Terima Dana...

BERSIH Tidak Terima Dana Dari NED Tapi Dari NDI, Apa Bezanya? - pakdin.my

bersih-dana-yahudi

Memang tidak selesa apabila dituduh menjadi agen asing. Apabila BERSIH dikaitkan menerima dana asing maka penganjur akan cuba bersilat mencari helah. Maka, Maria Chin bersungguh mengatakan bahawa mereka menang kes mahkamah terhadap NST yang menuduh BERSIH terima dana NED.

Tetapi apakah Maria Chin akan mengaku bahawa mereka sebenarnya menerima dana dari agen asing yang lain seperti OSI dan NDI? Sudah pasti fakta ini tidak boleh diberdalihkan lagi. Dana asing tetap dana asing.

National Endowment for Democracy (NED) ditubuh pada tahun 1983 bagi melaksanakan kerja-kerja jahat espionage yang sebelum ini dilakukan oleh Central Intelligence Agency (CIA), tetapi secara lebih terbuka. Bezanya CIA lakukan secara penuh kerahsiaan (covert), NED lakukan secara terbuka (overt) [contoh: kerajaan Chile di bawah Presiden Allende dijatuhkan oleh kerja jahat CIA (1973), kerja-kerja espionage CIA di Guatemala 1950an-1980an, di Iran dan banyak lagi].

Dr. Allen Weinstein (orang yang merangka pembentukan NED) dipetik pernah berkata “A lot of what we (NED) do today was done covertly 25 years ago by the CIA” (Washington Post, 22 September, 1991). Ini adalah bukti kukuh bahawa NED mewarisi kerja-kerja jahat espionage CIA dalam mencaturkan politik antarabangsa untuk menuruti telunjuk Amerika Syarikat.

Open Society Institute (OSI) – kini dikenali Open Society Foundation (OSF) ditubuh pada tahun 1993 – adalah alat milik George Soros untuk mengawal serta memporak-perandakan dunia supaya mudah untuk dimanipulasinya.

Kedua-dua OSI dan NDI MEMANG menyumbang untuk penganjuran BERSIH. Maka, apabila Maria Chin mengatakan BERSIH tidak menerima dari NED itu hanyalah dalih untuk mengabui mata orang ramai.

Susulan penubuhan NED, empat badan lain ditubuhkan bagi melaksana dan menyalurkan dana bagi pihak NED. Antaranya ialah National Democratic Institute (NDI).


Apabila kita baca laporan NED, ianya dengan jelas menyenaraikan penerima dana mereka setiap tahun. Maka tidak payahlah Maria Chin cuba mendabik dada untuk berdalih.
Penolong Pengarah FBI, Walter Skinner, dalam siri TV popular, The X-Files, dalam episod pertama musim kelima berjudul “Redux” (yang merupakan di antara episod paling tinggi ditonton dalam siri tersebut) dipetik berkata, “As you compound the lies, you compound the consequences for them.” Satu pembohongan akan membawa kepada siri pembohongan yang berterusan.
Begitulah gayanya dengan puak-puak yang cuba berselindung sambil berbohong kononnya mereka tidak menerima dana asing atau dijadikan “barua” oleh dalang asing yang sengaja ingin melakukan “perubahan di Dunia Islam ke arah demokrasi, moden dan sesuai dengan “orde dunia antarabangsa” kontemporari …” (dipetik dari buku “Civil Democratic Islam” terbitan Rand Corporation).
Ini bermakna perubahan yang ingin dilakukan mereka adalah untuk mengikut telunjuk Uncle Sam/Amerika Syarikat.
Untuk kita lebih memahami peranan NDI yang cuba melakukan kekacauan di Tanah Air ini kita baca pula laporan RASMI yang dikeluarkan oleh NDI sendiri. NDI sendiri mengesahkan bahawa sumber dana untuk perancangan jahat mereka di Malaysia datangnya dari NED.
Yang ketaranya ialah jika kita bandingkan laporan NDI terkini (dari laman sesawang rasmi mereka) dengan laporan yang pernah mereka siarkan pasca PRU 12 2008, ada sesuatu yang NDI cuba sembunyikan.
Dahulu NDI dengan jelas mengaku memainkan peranan dalam penganjuran BERSIH, tetapi satu perenggan yang menyebut tentang penglibatan NDI dalam penganjuran BERSIH telah DIPADAMKAN dari laporan yang sama.
Kenapa dipadamkan?
KENAPA perlu SEMBUNYIKAN?

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU