BERITARinggit masih laku di Tanah Suci

Ringgit masih laku di Tanah Suci

Ringgit masih laku di Tanah Suci

Ketika cerita ringgit tidak laku di Tanah Suci sedang melata di media sosial di tanah air, realitinya jemaah haji Malaysia tidak menghadapi sebarang masalah berbelanja atau menukar wang Ringgit Malaysia (RM) kepada Riyal di sini dan di Madinah.

Tinjauan mendapati jemaah Malaysia masih boleh menggunakan ringgit seperti biasa sama ada untuk membeli barangan mahupun menukar kepada mata wang Riyal.

Ramli Awang, 50, yang me­netap di maktab Abraj Al Janadriah berkata, dia masih boleh membeli barangan menggunakan RM di kedai-kedai berhampiran maktab dan Masjidil Haram.

“Mata wang ringgit masih laku seperti biasa di sini sama seperti di Madinah juga dan saya tidak ada masalah guna mata wang kita,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd. Yusuf Baba, 60, berkata, hampir semua peniaga di sekitar kawasan ini menerima mata wang Malaysia.

“Yang bezanya hanya kadar nilai tukaran semasa sahaja. Saya tak dengar apa-apa tentang duit kita tak laku di sini,” katanya.

Noraini Ahmad, 57, pula berkata, dia sempat menukar wang ringgit kepada Riyal di Madinah semalam sebelum bertolak ke Mekah.

Seorang peniaga kedai pakai­an Md. Azizi Haque berkata, dia mene­rima wang ringgit tetapi mengikut kadar tukaran semasa.

“Jemaah dari Malaysia selalu membeli guna wang ringgit, saya tidak ada masalah, boleh terima,” ujarnya.

Dalam pada itu ka­un­ter kewangan turut dibuka di semua maktab penginapan sebagai satu kemudahan kepada para jemaah untuk membuat pengeluaran wang.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami