UtamaNASIONALSwansea 2-1 United: Van...

Swansea 2-1 United: Van Gaal Tewas Kepada Kelab Kerdil Tiga Kali Berturut-Turut - pakdin.my

swansea-mu-epl-2015

ADA sesuatu yang tidak kena apabila pasukan bimbingan Louis van Gaal ini tewas kepada Swansea City untuk kali yang ketiga berturut-turut sejak musim lalu hingga kini.

Jika tahun lalu, Manchester United tumpas kepada kelab kerdil ini pada hari pembukaan liga tetapi kali ini, mereka ditewaskan pada perlawanan keempat.

Paling menakjubkan ialah, untuk tempoh 331 minit permainan, United tidak melepaskan walau sebutir gol pun sejak musim baru ini bermula tetapi mereka melepaskan dua gol dalam tempoh lima minit dalam perlawanan ini.

Ini juga adalah perlawanan ke-50 Van Gaal sejak memimpin United dan dia masih tidak dapat menghapuskan badi atau petanda buruk ketika menentang Swansea.

Andre Ayew dan Bafetimbi Gomis menjaringkan gol dalam tempoh dua minit selepas United mendahului lawan mereka sebaik sahaja separuh masa kedua bermula menerusi jaringan Juan Mata.

Tetapi selepas itu, mereka mula goyah dengan serangan balas yang pantas Swansea.

Wayne Rooney mempunyai tidak kurang dari tiga peluang terbuka di hadapan gol tetapi apa yang jelas ialah pergerakannya yang perlahan dan teragak-agak sekali lagi mencuri tumpuan dan perhatian ramai.

Pelan kecemasan Van Gaal ialah dengan memasukkan Fellaini pada minit ke-77 tetapi dalam situasi panik dan cemas, United ini bukanlah United era Sir Alex Ferguson yang mampu membuat kejutan pada minit-minit terakhir dengan super-subnya.

Dengan Van Gaal, taktik tersebut tidak menjadi.

SWANSEA (Formasi: 4-2-3-1): Fabianski, Naughton, Fernandez, Williams, Taylor, Cork, Shelvey, Ayew, Sigurdsson, Routledge (Ki 58), Gomis.

Simpanan tidak digunakan: Dyer, Nordfeldt, Tabanou, Eder, Rangel, Bartley.
Gol: Ayew 61, Gomis 66
MAN UTD (Formasi: 4-2-3-1): Romero, Darmian, Smalling, Blind, Shaw, Schneiderlin, (Carrick 70), Schweinsteiger, Mata (Young 70), Herrera (Fellaini 77), Depay, Rooney.
Simpanan Tidak Digunakan: Johnstone, Hernandez, Carrick, Young, Valencia, Fellaini, McNair
Gol: Mata 48

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...