14 disahkan maut dalam insiden bot membawa 100 PATI karam di Sabak Bernam - pakdin.my

bot-bawa-100-pati-karam-sabak-bernam

SABAK BERNAM: Sekurang-kurangnya 14 mayat telah ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam pagi ini dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat.

Ketika ini operasi menyelamat mangsa yang dipercayai masih selamat sedang giat dijalankan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu sidang media petang tadi mengesahkan kejadian dan jumlah mayat selain berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 15 penumpang bot terbabit telah diselamatkan.

Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan yang bercakap di Ibu Pejabat APMM Daerah Klang berkata, dari 14 mayat yang ditemui, 13 adalah wanita dan seorang lelaki.

Bot ‘pom-pom’ itu dipercayai karam di sekitar 9 batu nautika barat daya dari Tanjung Sauh.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju ke Tanjong Balai, Indonesia dengan membawa 70 penumpang.

Kejadian katanya bermungkinan berpunca daripada bot terlebih muatan atau cuaca.

Mayat yang ditemui dan mangsa yang terselamat telah dihantar ke Jeti Sungai Sumun.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian ini,” katanya sambil memaklumkan setakat ini empat aset milik APMM merangkumi dua kapal dan dua bot berada di lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Kemalangan yang dilaporkan berlaku 5 pagi itu, disedari nelayan yang melalui kawasan berkenaan sekitar 10.37 pagi sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Operasi pencarian dijalankan dalam radius 5 batu nautika dari lokasi bot karam.

Sementara itu Pengarah Operasi Maritim Daerah Klang, Mohd Faaiz Abu Samah berkata setakat ini, kira-kira 200 anggota dari APMM dan pihak tentera laut terlibat dalam operasi pencarian dan menyelamat.

UTAMABERITA14 disahkan maut dalam insiden bot membawa 100 PATI karam di Sabak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium