BERITA1MDBJusto Mahu Kemuka Rayuan

Justo Mahu Kemuka Rayuan

justo-kemuka-rayuan

BANGKOK: Xavier Andre Justo yang dihukum penjara di Bangkok atas tuduhan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap tempoh hukuman penjaranya selama tiga tahun.

“Saya tidak menjangkakan ia tiga tahun,” katanya kepada The Straits Times.

Temuramah itu turut disertai peguamnya, Marc Henzelin.

Justo disabitkan bersalah pada 17 Ogos lalu, tetapi hukumannya diringankan selepas memberi kerjasama kepada polis dan membuat pengakuan sepenuhnya berhubung tuduhan terhadapnya.

Warga Switzerland itu mempunyai tempoh sehingga 17 September ini untuk mengemukakan rayuan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami