Pengakuan Justo: Demi capai niat, pembangkang sedia gadai negara - pakdin.my

jatuh-najib-nurul-izah-justo

UMNO BN tidak terkejut sekiranya pembangkang bersedia menggadaikan negara suatu hari nanti lantaran mereka kini sanggup membayar jutaan ringgit bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, tindakan pembangkang yang menawarkan sejumlah wang  untuk membeli dokumen sulit tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat begitu terdesak supaya niat jahat mereka tercapai.

“Saya terkejut pengakuan Justo yang memaklumkan penglibatan MP Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Tony Pua kerana begitu terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri, mereka sanggup menjanjikan sesuatu kepada pemberi maklumat.

“Belum lagi mereka berkuasa atau memerintah dah berani membuat janji, apa akan terjadi kalau DAP dan PKR dah memerintah, mungkin negara pun akan mereka gadai semata-mata untuk kepentingan perjuangan mereka, katanya menerusi WhatsApp kepada BNBBC.my.

Sejak semalam, media melaporkan yang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berminat untuk membeli dokumen sulit yang dicuri Justo dari PetroSaudi International dengan harga RM 2 juta dalam bentuk tawaran kontrak kerajaan.

Ahli parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali pula menyifatkan perbuatan Nurul Izzah adalah tindakan yang tamak.

Lebih menyedihkan, beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup tuduhan dan kesalahan yang dilakukannya sebelum ini iaitu memfitnah.

“Ini lah orang yang tamak dan sengaja melakukan kesalahan dengan menawarkan habuan projek demi mencapai niat jahatnya, dah lupa hukum Allah agaknya, dengan pendedahan oleh Justo, maka bocorlah niat jahatnya dan terbongkarlah betapa tidak bersihnya tindakan itu.

“Saya harap pihak bertanggungjawab mulakan siasatan dengan serius terhadap pendedahan Justo ini dan pihak berwajib mesti ambik tindakan jika ia betul-betul berlaku kerana kita mahukan keadilan, kita perlu bersihkan negara ini dari pemimpin yang bawa contoh buruk yang boleh menghancurkan negara,” ujarnya lagi.

UTAMAEDITORIAL1MDBPengakuan Justo: Demi capai niat, pembangkang sedia gadai negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium