BERITAKren tumbang di Masjidilharam: 4 jemaah haji Malaysia dilapor cedera (gambar)

Kren tumbang di Masjidilharam: 4 jemaah haji Malaysia dilapor cedera (gambar)

mekah-kren-tumbang

MAKKAH: Empat jemaah haji Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, di sini, kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan.

Kejadian dipercayai terjadi setelah berlaku hujan dan ribut.

Dalam kejadian itu, sebuah kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram tumbang lalu menghempap jemaah.

Setakat ini, empat rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden ialah tiga daripadanya cedera ringan dan seorang lagi patah kaki.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mana mana pihak.

Namun satu sidang media dijangka diadakan oleh Ketua Rombongan Haji 1436h, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.



FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami