BERITAKren tumbang di Masjidilharam: 8 Jemaah Haji Malaysia Hilang (terkini)

Kren tumbang di Masjidilharam: 8 Jemaah Haji Malaysia Hilang (terkini)

Kren tumbang di Masjidilharam: 8 Jemaah Haji Malaysia Hilang (terkini)

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan sehingga jam 1.00 petang (waktu Saudi) hari ini, sejumlah sepuluh (10) orang Jemaah Haji Malaysia telah terlibat dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan tiga orang wanita masih kekal.

Tiada sebarang laporan terbaharu mengenai kecederaan  mahupun kematian yang melibatkan Jemaah Haji Malaysia yang diterima.

Kini, kesemua jemaah negara ini yang terbabit dilaporkan stabil dan hanya mengalami kecederaan fizikal. Mereka kini berada di bawah jagaan rapi pasukan perubatan. Daripada keseluruhan jemaah terbabit, seorang masih ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz; Hospital Raja Faizal (1 orang);  Hospital An Nur (1 orang), Pusat Rawatan Tabung Haji (6 orang) manakala seorang jemaah telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

Sepertimana dilaporkan sebelum ini, seramai enam orang (6) Jemaah Haji Malaysia yang masih belum dapat di kesan.

Pada semakan ke dua yang telah dijalankan di maktab-maktab dan telah selesai pada jam 10.00 pagi waktu Saudi, didapati dua (2) lagi Jemaah masih hilang, menjadikan jumlah keseluruhannya lapan (8) orang jemaah iaitu tiga (3) orang lelaki dan lima (5) orang wanita.

Senarai Jemaah Haji adalah seperti di bawah:-

1. Abdul Habib Lahman (68 Tahun), Sik, Kedah

2. Shahidan Saad (52 Tahun), Kodiang, Kedah

3. Zainun Taha (69 Tahun), Ampang, Selangor

4. Rohana Ismail (54 Tahun), Kuala Krai, Kelantan

5. Munah Jusoh (73 Tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 Tahun), Tanah Merah, Kelantan

7. Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8. Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Pasukan mencari dan menyelamat TH menggiatkan usaha untuk mencari dan mengesan kesemua jemaah terbabit di lokasi persekitaran Masjidil Haram serta klinik dan hospital sekitar Makkah.

Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Orang ramai serta waris boleh menghubungi THCC di talian 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami