Najib ziarah Mursyidul Am PAS di IJN

Najib ziarah Mursyidul Am PAS di IJN

najib-ziarah-haron-din
NAJIB meluangkan masa melawat Murshidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

“Saya berkesempatan menziarahi Ustaz Haron Din di Institut Jantung Negara tadi.

“Sama-sama kita doakan supaya beliau cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik,” kata Najib menerusi laman Facebook beliau.

Najib turut menyiarkan gambar beliau duduk bersama Haron dalam bilik wadnya di IJN.

Haron sebelum ini dilaporkan menjalani rawatan angiogram di IJN.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami