UtamaNASIONALKEJADIAN REMPUHAN TIDAK MELIBATKAN...

KEJADIAN REMPUHAN TIDAK MELIBATKAN JEMAAH HAJI MALAYSIA – TABUNG HAJI - pakdin.my

20150924-212310776

SIDANG MEDIA
YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
IBU PEJABAT TABUNG HAJI, ABRAJ JANADRIYAH, MAKKAH

24 SEPTEMBER 2015, JAM 1.15 PETANG

KEJADIAN REMPUHAN TIDAK MELIBATKAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Pada petang ini saya ingin menyampaikan maklumat mengenai laporan terdapatnya kejadian rempuhan yang menyebabkan kematian dan juga kecederaan di kawasan Mina pada hari ini. Berdasarkan maklumat terbaharu Kerajaan Arab Saudi yang dikeluarkan oleh pihak Bomba mereka, tedapat 310 jemaah yang maut dan 450 cedera. Kejadian ini berlaku pada pukul 11.30 pagi.

Saya dimaklumkan oleh petugas kami di Mina, lokasi kejadian tersebut berlaku di antara Jalan 204 dan 223, Mina dan bukannya di Kompleks Jamrat (kompleks melontar) seperti mana yang diviralkan di media sosial. Jalan 204 dan 223 ini merupakan kawasan perkhemahan yang menempatkan jemaah haji negara Arab. Lokasi kejadian adalah terletak jauh daripada kawasan Jamrat.

Buat masa ini, tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut. Namun, TH akan membuat semakan (head count) secara terperinci di semua perkhemahan jemaah haji muassasah dan juga jemaah haji pakej.

Pasukan peronda TH sedang berada di Kompleks Jamrat bagi memantau situasi semasa dan memastikan pergerakan jemaah haji Malaysia. Jadual melontar jemaah Malaysia dijadualkan dan ditetapkan pada 5.30 petang dan 8.00 malam secara berperingkat. Kejadian ini berlaku pada waktu puncak (waktu Dhuha). Oleh itu, kita pastkan Jemaah haji kita tidak melontar di luar jadual kita.

Bagi memastikan kejadian ini tidak berlaku berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, kita menempatkan 8 pos yang mana petugas-petugas dan peronda-peronda ditempatkan untuk memastikan tidak ada Jemaah haji kita dari Malaysia yang melontar di luar kawasan.

Jemaah haji Malaysia melontar di tingkat 3 di Jamrat. Secara teori, Jemaah haji tidak akan pergi ke kawasan lain. Jemaah haji Arab di Jalan 204 dan 223 akan terus ke tingkat bawah Jamrat.

Kita doakan tiada kejadian buruk berlaku kepada kepada jamaah haji Malaysia.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...