BERITATiga Ditahan Berhubung Dakwaan Ancaman Pengganas Di Jalan Alor

Tiga Ditahan Berhubung Dakwaan Ancaman Pengganas Di Jalan Alor

jalan-alor

Polis menahan tiga individu susulan kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada seorang warga tempatan serta warga Indonesia dan Syria.

Noor Rashid berkata, kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

“Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Australia mengenai tahap keselamatan di lokasi tertentu yang dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan pengganas,” katanya kepada Bernama di sini.

Pada Khamis, kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor telah mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.

Noor Rashid menegaskan situasi keselamatan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka.

“Saya telah mengarahkan anggota saya bertugas di lokasi berkenaan dan memantau sekiranya ada aktiviti mencurigakan,” kata Noor Rashid.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami