UtamaPOLITIK20 Kawasan Kekal Catat...

20 Kawasan Kekal Catat IPU Tidak Sihat Setakat 10 Malam – JAS - pakdin.my

Keadaan jerubu di salah sebuah sekolah berdekatan Tanjung Malim
Keadaan jerubu di salah sebuah sekolah berdekatan Tanjung Malim

Sebanyak 20 kawasan kekal mencatatkan rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam ini, dengan Shah Alam di Selangor masih merekodkan bacaan tertinggi iaitu 156 berbanding 177 pada 7 malam.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang turut mencatatkan tahap IPU tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (155), Batu Muda (154), Petaling Jaya (143), Putrajaya (142), Samarahan (138), Cheras (135), Tanjung Malim, Sri Aman dan Banting (masing-masing 133), Kuala Selangor (126) dan Seremban (124).
Tujuh lagi kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Kuching (118), Bandaraya Melaka (114), Jerantut (113), SK Jalan Pegoh, Ipoh (111), Bukit Rambai dan Port Dickson (masing-masing 110) manakala Seri Manjung (107).
Sementara itu, 22 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Muar merekodkan bacaan tertinggi iaitu 88 diikuti Pasir Gudang (83), Tawau (79) dan Sarikei (76).
Tujuh kawasan mencatatkan IPU baik berbanding enam kawasan yang direkodkan pada 7 malam.
Kawasan itu adalah Kangar (20), Alor Setar (24), Langkawi (29), Perai (33) dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (38), Tanah Merah (39) dan Seberang Jaya 2, Perai (46).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas menghadiri aktiviti luar.
Mereka juga digalakkan memasang alat pendingin hawa dan penapis udara di rumah jika mampu, berikutan keadaan jerebu yang masih tidak menentu.
Beliau berkata langkah itu sebagai pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat pencemaran udara itu.
“Orang ramai yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru yang bertambah teruk diminta segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad malam.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata orang ramai boleh mendapatkan langkah pencegahan mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan).

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...