Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPanggil Duta China Ke...

Panggil Duta China Ke Wisma Putra Amalan Biasa – Anifah Aman - pakdin.my

Dr Huang bersama isterinya (kiri) membuat lawatan ke Petaling Street pada Jumaat bagi mengedarkan kuih bulan peniaga di kawasan itu. Mengiringi mereka adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.
Dr Huang bersama isterinya (kiri) membuat lawatan ke Petaling Street pada Jumaat bagi mengedarkan kuih bulan peniaga di kawasan itu. Mengiringi mereka adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.

Duta Besar China, Dr Huang Huikang dipanggil ke Wisma Putra bertujuan meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya yang dikeluarkan semasa lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini telah disalah tafsir, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah yang kini berada di New York dalam satu kenyataan Isnin berkata, perkara memanggil duta merupakan amalan biasa.

“Ini selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961,” katanya.

“Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa lalu,” kata beliau.

Anifah menjelaskan, sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia juga perlu menyampaikan pendiriannya kepada China dengan jelas.

“Dalam perkara ini setelah berbincang dengan Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta China untuk hadir ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan,” katanya.

Tambahnya, beliau berpandangan isu tersebut tidak perlu dibawa ke peringkat menteri kerana sebagai amalan biasa ia ditangani di peringkat pegawai kanan Wisma Putra sahaja.

Pada masa yang sama, Anifah melahirkan rasa dukacita kerana beberapa menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

“Untuk makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya memanggil Duta China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau,” katanya.

Jelas Anifah, perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.

“Sebaliknya, campur tangan mereka (menteri-menteri lain) telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai.

“Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang,” tambah beliau.

Hari ini, Duta China itu mengadakan pertemuan dengan Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.


KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI PEMANGILAN DUTA BESAR CHINA KE WISMA PUTRA
Saya ingin menjelaskan bahawa perkara memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra adalah merupakan satu amalan biasa. Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuat oleh beliau semasa lawatan beliau ke Petaling Street tempoh hari. Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya.
3.    Memanggil Duta Besar asing ke Wisma Putra ini bukanlah kali pertama yang telah kita lakukan. Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa yang lalu. Amalan ini adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.
3.    Sebagai sebuah negara berdaulat, kita juga perlu menyampaikan pendirian kita kepada China dengan jelas. Dalam perkara ini, setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta Desar China untuk hadir di Wisma Putra bagi memberi penjelasan..
4.    Saya juga berpandangan bahawa isu ini tidak perlu dibawa ke peringkat Menteri kerana sebagai amalan biasa ianya ditangani di peringkat pegawai kanan di Wisma Putra sahaja.
5.    Saya berasa amat dukacita kerana beberapa Menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu.  Untuk makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau. Sebenarnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan Menteri-Menteri lain. Sebaliknya campur tangan mereka telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai. Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang di masa akan datang.
DATO’ SRI ANIFAH AMAN
28 September 2015

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883