UtamaNASIONALKhir Toyo Ada Peluang...

Khir Toyo Ada Peluang Ketepikan Hukuman Penjara – Muhammad Shafee - pakdin.my

khir-toyo-pejara

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai peluang untuk mengetepikan hukuman 12 bulan penjara atas kesalahan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007, kata peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menjawab soalan media sama ada pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan hukuman penjara itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya perlu meneliti penghakiman Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan.

Ketika ditanya media lagi sama ada pihaknya akan menfailkan petisyen pengampunan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan itu, peguam itu berkata ia merupakan satu daripada peluang yang ada.

“Petisyen pengampunan merupakan satu pilihan yang ada, tapi ia bukan pilihan terakhir. Kami juga akan mempertimbangkan pilihan lain,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir, di sini, Selasa.

Ditanya mengenai keputusan hari ini, beliau berkata ia mengejutkan barisan peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir termasuk isterinya, Zahrah Kechik, 50, kerana pihaknya yakin mahkamah akan memihak kepadanya.

Muhammad Shafee juga berkata pihaknya kecewa apabila mahkamah menolak rayuan anak guamnya bagi menjalani program khidmat masyarakat untuk menggantikan hukuman penjara.

Beliau berkata, anak guamnya juga mengarahkannya untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar ‘The Sun’ berhubung dua artikel yang diterbitkan akhbar itu selepas mahkamah menangguhkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman hari ini.

Dalam pada itu, isteri Dr Mohamad Khir, Zahrah, yang kelihatan tenang ketika ditemui di luar lokap mahkamah berkata beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati yang tabah meskipun ia amat menyedihkan seluruh anggota keluarganya.

“Memanglah saya sedih. Apa-apa pun saya anggap ini ujian Allah. Saya reda.

Dia (Dr Mohamad Khir) juga reda dan tabah menerima keputusan ini. Terima kasih,” kata ibu kepada enam anak itu sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan hari ini menyabitkan Dr Mohamad Khir terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, lapan tahun lepas.

Sementara itu, peguam Datuk Naran Singh menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini adil kerana hukuman penjara adalah sesuai bagi kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa program khidmat masyarakat seperti yang dipohon Dr Mohamad Khir hanya sesuai kepada pesalah muda.

“Ia adalah keputusan yang baik. Keputusan itu juga adil. Program khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara hanya sesuai kepada pesalah muda,” katanya ketika dihubungi.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...