Lelaki maut dipercayai ditikam adik sendiri - pakdin.my

adik-tikam-abang-port-dickson

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dengan pisau oleh adiknya sendiri di Kampung Chuah dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Helmizi Imran, 33, cedera parah di dada akibat tikaman itu ketika bergelut dengan adiknya yang berusia 23 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku apabila adik mangsa marah selepas ditegur kerana berebut alat kawalan jauh televisyen yang dipegang anak lelaki mangsa yang berusia lima tahun.

Mangsa yang rebah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban oleh ahli keluarganya yang lain, tetapi dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Suspek pula menghilangkan diri dengan memandu sebuah kereta Proton Wira.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan usaha sedang dilakukan untuk memburu suspek, manakala kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITALelaki maut dipercayai ditikam adik sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium