Lelaki Dipenjara Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza - pakdin.my

siti-nurhaliza-lelaki tunjuk-kemaluan

Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluan di depan rumah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pada Ahad lalu membawa padah apabila dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu.

Majistret Noor Farah Hazwani menjatuhkan hukuman itu terhadap Amiruddin Sulaiman, 49, selepas tertuduh gagal membayar denda sebanyak RM5,000.

Amiruddin didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti Nurhaliza di hadapan rumah artis itu di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pukul 5 petang pada 4 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, Amiruddin dipercayai datang beberapa kali ke rumah selebriti tersebut dengan tujuan yang sama.
Terdahulu, peguam, Dony Abdullah berkata Amiruddin adalah seorang duda menganggur dengan dua anak berusia 19 dan 21 tahun.
Dony berkata ia juga merupakan kesalahan pertama anak guamnya.
UTAMABERITALelaki Dipenjara Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium