hujan air batu di Gunung Kinabalu - pakdin.my

Hujan air batu yang berlaku berhampiran Laban Rata
Hujan air batu yang berlaku berhampiran Laban Rata

Ranau: Beberapa kakitangan Taman-Taman Sabah, Malim Gunung dan porter yang sedang berehat selepas melakukan kerja pembaikan jalan yang rosak akibat gempa bumi 5 Jun lalu, berhampiran Laban Rata, gempar seketika apabila berlaku fenomena hujan air batu.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1 petang tadi, bagaimanapun hanya beberapa minit saja.

Seorang malim gunung yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mereka sedang berehat untuk makan selepas penat melakukan kerja pembaikan jalan di kawasan Laban Rata sebelum tiba-tiba hujan.

“Saya dan rakan kemudian memakai baju hujan, tetapi terkejut apabila melihat ketulan ais yang pada mulanya saya sangkakan nasi tetapi ia adalah air batu.

“Kejadian itu juga menyebabkan bahagian belakang badan saya berasa sakit akibat terkena air batu itu,” katanya.

Menurutnya, mereka kemudian mengambil gambar kejadian berkenaan kerana ia jarang berlaku .

Pengurus Taman Kinabalu Yasin Mikin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat mengenai kejadian itu.

UTAMABERITASABAHhujan air batu di Gunung Kinabalu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium