UtamaPOLITIKIsu Pulau Pinang Dikembalikan...

Isu Pulau Pinang Dikembalikan Kepada Kedah Terus Berlegar - pakdin.my

kedah-tuntut-pulau-pinang

Isu perjanjian pajakan Pulau Pinang antara Sultan Kedah dengan British pada 1791 dan Seberang Perai pada 1800, terus menarik perhatian sejarawan negeri ini yang berharap kedua-dua wilayah itu akan dikembalikan suatu hari nanti.

Walaupun kedua-dua perjanjian itu ditandatangani lebih 100 tahun yang lepas, namun ia terus menjadi bahan kajian dan perdebatan dalam kalangan pakar-pakar sejarah, sama ada di Kedah atau pun di luar negeri “Jelapang Padi” ini.

Bagi Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof, persoalan utama kini adalah “bila” kedua-dua wilayah itu dikembalikan kepada Kedah dan bukan lagi berkisar kepada soal “adakah.”

Beliau berkata sudah tiba masa untuk Kedah menghentikan “kerugian” ekonomi ditanggungnya akibat perjanjian pajakan kedua-dua wilayah itu.

“Terlalu banyak kerugian ditanggung Kedah daripada perjanjian pajakan ini. Perjanjian itu perlu dikaji semula atau Pulau Pinang dan Seberang Perai dikembalikan semula kepada Kedah,” katanya kepada Bernama semasa seminar Hubungan Kedah-Siam yang berlangsung baru-baru ini.

British memajak Pulau Pinang daripada kerajaan Kesultanan Kedah pada 1791 dengan bayaran sebanyak 6,000 Spanish Dollar setahun, manakala perjanjian pajakan Seberang Perai pula berlaku pada 1800 dengan bayaran 4,000 matawang sama setahun.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan meneruskan bayaran pajakan itu sebanyak RM10,000 setahun kepada Kedah.

Bagi Wan Shamsuddin, bukan sahaja perjanjian pajakan itu perlu dikaji semula tetapi kadar bayaran pajakan yang diterima Kedah saban tahun daripada kerajaan pusat juga perlu diteliti semula kerana ia “tidak relevan.”

“Kadar pajakan sebanyak 10,000 Spanish Dollar sudah semestinya tidak menyamai nilai RM10,000 diterima Kedah saban tahun ketika ini. Perlu ada kajian semula supaya kita dapat sama nilaikan kadar itu,” katanya.

Sekurang-kurangnya kadar pajakan yang baharu itu boleh menjadi sumber pendapatan kepada Kedah, katanya dan menambah, PSMCK bakal menganjurkan seminar khusus untuk membincangkan tentang perjanjian pajakan itu.

Lapan kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar tempatan pada seminar yang belum ditetapkan tarikhnya lagi dan satu resolusi akan dikemukakan pada hari terakhir seminar itu, kata Wan Shamsuddin.

Seorang lagi pakar PSMCK, Dr Ibrahim Bakar pula berpendapat, perjanjian pajakan dengan British sebenarnya sudah luput tidak lama selepas ia ditandatangani berikutan kegagalan kuasa besar berkenaan mematuhi terma perjanjian itu.

Menerusi perjanjian itu, katanya, British telah berjanji melindungi Kedah daripada gangguan dan serangan Siam, tetapi beberapa insiden selepas itu membuktikan kegagalannya berbuat demikian.

“Pihak British tidak memenuhi bahagiannya di dalam perjanjian itu daripada awal lagi. British tidak membantu mempertahankan Kedah daripada Siam. Akibat itu perjanjian itu telah tidak sah dan terbatal,” katanya.

Ibrahim berkata British telah membiarkan Siam menyerang Kedah dan perkara itu terkandung di dalam buku “The Blockade of Kedah 1838” karya Sherard Osborn, seorang pegawai kapal perang British ketika peristiwa pengepungan itu.

Buku itu, katanya, mendakwa British bukan sahaja tidak membantu Kedah menangani serangan Siam, tetapi turut bersekongkol dengan musuh Kedah itu dalam usahanya menjajah semula negeri Melayu itu.

Namun Prof Ahmad Jelani Halimi daripada Pusat Pengajian Umum Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata, usaha menuntut kembali Pulau Pinang berdepan jalan sukar kerana ia melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Pakar Sejarah Maritim Asia Tenggara itu berkata usaha sepatutnya tertumpu kepada kenaikan kadar bayaran pajakan daripada RM10,000 setahun ketika ini kepada kadar yang lebih munasabah.

“Saya rasa ia amat sukar kerana membabitkan perlembagaan, tetapi jikalau tuntutan supaya disama nilaikan kadar pajakan itu (dengan kadar masa kini), ia adalah lebih mudah kerana ia hanya melibatkan kerajaan pusat,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...