BERITALelaki parah diserang 3 individu bersenjatakan pedang

Lelaki parah diserang 3 individu bersenjatakan pedang

MANGSA yang terbaring selepas cedera parah ditetak tiga suspek tidak dikenali semalam.
MANGSA yang terbaring selepas cedera parah ditetak tiga suspek tidak dikenali semalam.

JERTIH: Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Air Tawar Semerak Pasir Puteh, Kelantan cedera parah seluruh badan ditetak tiga suspek tidak dikenali semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berada di dalam kedai gunting rambut di Kampung Pacakan Kuala Besut, dekat sini.
Apabila melihat tiga lelaki bersenjatakan pedang dan bertopeng menyerbu masuk ke kedai itu, mangsa cuba melarikan diri melalui pintu belakang.
Bagaimanapun ketiga tiga suspek mengejar dan dapat menetak mangsa.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Mengenai kami