Saturday, June 22, 2024
28.6 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

Jangan Jadikan 1MDB Mainan Politik – PM

Dato Seri Mohd Najib Merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Dato Seri Mohd Najib Merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua orang berhenti menjadikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) satu permainan politik.

“Jangan jadikannya satu mainan politik, jika terdapat salah laku biar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat.

“Kami dipilih oleh rakyat dan kami akan berkhidmat kepada rakyat yang melalui masa yang sukar,” kata Perdana Menteri pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini, Ahad.

Najib berkata kerajaan akan mengumumkan butir-butir program rasionalisasi 1MDB tidak lama lagi.
Najib, yang juga Presiden Barisan Nasional, turut menyentuh mengenai bajet akan datang dan berkata beliau mempunyai tugas yang lebih mencabar untuk tampil dengan belanjawan yang baik.

“Ambil tol sebagai contoh, jika anda tidak menaikkan kadar tol, anda perlu membayar pampasan (kepada syarikat konsesi) dan ini akan menyebabkan kurangnya dana untuk perkara-perkara lain seperti BR1M.

“Harga Petroleum telah merosot dan Petronas yang telah memberikan dividen sebanyak RM26 bilion tahun ini telah mengatakan bahawa mereka hanya boleh memberinya sebanyak RM9 bilion tahun depan,” katanya.

Katanya, meminjam wang bukanlah satu pilihan kerana ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dibebani hutang.

“Kita bukan sebuah negara gagal, kita berjaya dan mempunyai kadar pertumbuhan enam peratus pada tahun lepas,” katanya.

Najib berkata rakyat ‘mengutuk’ kerajaan disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

“Saya tahu rakyat sedang mengutuk, tetapi tanpa GST, anda akan melihat peningkatan dalam bentuk cukai lain,” katanya.

Najib berkata beliau percaya negara ini akan bangkit semula kerana ia telah melalui masa yang sukar.

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img