Hee Akan Tarik Balik Usul Undi Tidak Percaya - pakdin.my

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian

Anggota Parlimen Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) akan menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa usul sama.

“Tak ada masalah (untuk menarik balik usul), kita bagi peluang kepada ketua pembangkang,” katanya yang ditemui media di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata penarikan usul itu bergantung kepada bila usul baharu itu akan dikemukakan oleh Wan Azizah.

Pada Isnin, Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh mengumumkan akan membawa usul berkenaan sebagai usul biasa dengan memberi notis pemberitahuan dalam tempoh 14 hari.

Mengulas pengumuman itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa membayangkan usul itu tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan bermula.

Wan Azizah pula berkata usul itu akan tetap dibawa dalam waktu terdekat walaupun berdepan kemungkinan tidak menjadi kenyataan.

UTAMAHee Akan Tarik Balik Usul Undi Tidak Percaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium