BERITASekolah ditutup lagi esok Rabu

Sekolah ditutup lagi esok Rabu

jerubu-sekolah-tutup

Sekolah di ibu kota, Selangor, Putrajaya serta beberapa daerah di Sarawak, Perak dan Kedah diarahkan tutup esok berikutan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan bacaan tidak sihat.

Kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, beberapa daerah di Sarawak yang terlibat adalah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu.

Dalam pada itu, kata kenyataan berkenaan, sekolah di Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan kawasan Tanjung Malim di Perak juga diarahkan tutup.

Di Kedah, jelas kementerian, penutupan sekolah melibatkan Kuala Muda dan Yan.

“Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 2,528 buah sekolah dan seramai 1,734,668 orang murid di negeri dan daerah tersebut. Pihak jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami