Demam Kepialu: Pendatang Haram Mungkin Punca - pakdin.my

demam-kepialu-pati

Pendatang asing tanpa izin yang bekerja sebagai pengendali makanan di bandar kini menjadi perhatian mengenai kemungkinan menjadi penyebab kepada peningkatan kes demam kepialu di sini.
Penyakit yang pada kebiasaanya dikesan di kawasan luar bandar itu menyaksikan peningkatan mendadak di kawasan bandar dengan 32 kes dilaporkan sejak Ogos lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan di setiap premis makanan dan tindakan menutup premis perniagaan selama dua minggu akan dikuatkuasakan jika didapati ada pihak yang tidak mengutamakan kebersihan

“Kami sedang siasat punca sama ada peningkatan kes demam kepialu ini berpunca daripada pekerja asing atau orang tempatan. Punca penyakit ini ialah bawaan makanan yang tidak bersih jadi pengendali makanan perlu bersih,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.
Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata peningkatan kes demam kepialu yang dilaporkan bukan diklasifikasikan sebagai wabak tetapi hanya tambahan kes daripada kebiasaan satu atau dua kes dalam masa sebulan.
“Ia bukan wabak, ia adalah peningkatan kes. Sekali-sekala kami mendapat kes seumpama ini. Ini bukan sesuatu yang di luar normal. Ia memang ada dan kita tidak perlu bimbang,” kata Dr Hilmi.

UTAMADemam Kepialu: Pendatang Haram Mungkin Punca

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium