BERITAJerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok

Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok

Susulan jerebu yang semakin buruk, sebanyak 4,778 sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, antara negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan daerah Bentong di Pahang.

Sekolah di Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman di Sarawak juga perlu ditutup berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan tidak sihat setakat pukul 3 petang Rabu.

“Penutupan sekolah tersebut melibatkan 2,696,110 murid. Oleh itu pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajib dari semasa ke semasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, sekiranya berlaku peningkatan tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan KPM.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami