UtamaEDITORIAL1MDB1MDB: Rasionalisis Kurangkan Penggantungan...

1MDB: Rasionalisis Kurangkan Penggantungan Kepada Kerajaan - pakdin.my

1mdb_jpn_deutsche-bank

1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu dibiar melaksanakan pelan rasionalisasinya agar syarikat itu dapat mengurangkan penggantungan kepada bantuan kerajaan.

“Kami harus diberi peluang melaksanakan pelan rasionalisasi agar kami tidak perlu memohon sokongan (kewangan) tambahan daripada kerajaan,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Beliau berkata 1MDB telah menerima ekuiti langsung bernilai RM1 juta daripada kerajaan pada 2009 dan pada Mac meminjam RM950 juta daripada kerajaan.

Arul Kanda berkata demikian dalam program khas bertajuk ‘Bernama TV Bersama Arul Kanda’ yang dihoskan oleh Suriati Sanusi serta pengacara bersama Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah.

Program akan disiarkan menerusi saluran Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com pada 10 malam Rabu.

“Kami sekarang berada di persimpangan, satu situasi yang menuntut pembayaran hutang dan pelaburan dalam perniagaan kami.

“Berdasarkan situasi itu, kami mengadakan perbincangan dengan pemegang saham kami, Kementerian Kewangan, dan kami yakin dengan rancangan kami.

“Opsyen terbaik ialah melupuskan ekuiti dalam Edra Energy atau membawa masuk pelabur baharu ke Bandar Malaysia dalam usaha mengurangkan hutang ke paras yang boleh dikawal,” katanya.

Arul Kanda, seorang ahli perbankan yang pernah bekerja di United Kingdom dan Dubai, dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan pada Januari tahun ini selepas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Hazem Abd Rahman meletak jawatan.

Arul Kanda berkata 1MDB ditubuhkan sebagai syarikat pembangunan strategik dengan wawasan untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing bagi pihak kerajaan.

“Semasa ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan agar 1MDB perlu biaya sendiri menerusi hutang, pinjaman bank dan (dana daripada) pasaran modal.

“Ini bagi mewujudkan disiplin, iaitu apabila anda berhutang anda perlu bayar kadar faedah dan prinsipal selain membebaskan dana kerajaan bagi tujuan lain seperti sekolah dan hospital serta sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila aliran tunai yang dijana daripada aset jangka panjang tidak sepadan dengan keperluan jangka pendek bagi melunaskan bayaran faedah dan prinsipal yang sudah tiba masa.

Ini disebabkan terutamanya oleh kegagalan usaha menyenaraikan bahagian penjanaan kuasanya, Edra Global Energy Bhd di Bursa Malaysia.

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah jelas bagi melaksanakan pelan rasionalisasi bagi menangani masalah aliran tunai tidak sepadan ini menerusi penjualan ekuiti dalam sesetengah aset 1MDB bagi mengumpul dana.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...