BERITADenda RM120 ribu atau penjara 30 bulan kerana hina Raja-raja Melayu (video)

Denda RM120 ribu atau penjara 30 bulan kerana hina Raja-raja Melayu (video)


 

Seorang warga emas yang menghina Raja-raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong didenda RM120,000 atau penjara 30 bulan.

Wan Fatul Johari, 68 tahun, didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kerana menghantar komen negatif menerusi media sosial pada 31 Ogos 2012, 3 Jun 2013 dan 4 Jun 2013 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh dianggap sengaja menanam rasa benci terhadap Sultan, menderhaka kepada Sultan dan menimbulkan keganasan persepsi bagi membunuh karakter individu termasuk pemimpin negara.

Tertuduh gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong.

penjara-30-bulan-hina-raja-melayu

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami