UtamaEDITORIAL1MDB1MDB: Tukar Hutang Dengan...

1MDB: Tukar Hutang Dengan Ekuiti Kurang Rumit Untuk Lunas Bon - pakdin.my

1mdb_jpn_deutsche-bank

1Malaysia Development Bhd (1MDB) memutuskan untuk melaksanakan pertukaran hutang dengan ekuiti dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dari Abu Dhabi disebabkan langkah itu kurang rumit dan lebih murah untuk melunaskan bon syarikat bernilai US$3.5 bilion.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy berkata tidak seperti pinjaman, bon merupakan instrumen hutang pasaran modal yang memerlukan persetujuan semua pemegang bon untuk menebusnya.

“Sekarang bon didagangkan pada premium. Justeru, lebih rumit dan mahal untuk menebusnya,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata melakukan pertukaran adalah lebih cepat, mudah dan murah berbanding menebus bon. Arul Kanda berkata pertukaran akan menyaksikan IPIC mengambil alih bon 1MDB sebagai tukaran deposit tunai dalam nilai dolar AS dan dana bawah pengurusan syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Beliau berkata bon serta faedahnya yang mencecah US$2 bilion dijamin oleh IPIC.

Mengenai dana yang diperuntukkan bagi ‘pertukaran hutang dengan ekuiti’ itu, Arul Kanda berkata ia adalah unit dana bernilai US$940 juta 1MDB yang dijamin oleh Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC.

Pertukaran itu katanya adalah sebahagian rancangan syarikat untuk melunaskan hutang US$42 bilion yang turut merangkumi penjualan bahagian jana kuasanya, EdraGlobal Energy Bhd dan ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, pemaju Bandar Malaysia di Sungai Besi.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...