BERITAGuan Eng Selar PAS Pada Konvensyen DAP Selangor

Guan Eng Selar PAS Pada Konvensyen DAP Selangor

LIMGUANENG-pas

PAS menjadi topik hangat dalam perbincangan pada konvensyen DAP Selangor, dengan Lim Guan Eng menyelar parti Islam itu kerana tidak mahu menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan PAS tersebut begitu mengecewakan, menunjukkan parti berkenaan tidak bersama-sama dengan parti pembangkang lain.

“Ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional,” dakwa Guan Eng dalam ucapannya pada perasmian konvensyen itu, Ahad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sebuah akhbar harian berbahasa Melayu bahawa parti Islam tersebut tidak akan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam usul menolak Bajet 2016.

Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih memilih untuk bersama dengan Barisan Nasional.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami