Suami Mengamuk Tikam Belakang Isteri, Kelar Leher Sendiri - pakdin.my

tikam-isteri-kelar-leher-sendiri-marang

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita parah selepas menjadi mangsa amukan suaminya dalam kejadian di Kampung Gong Beris, Marang pagi Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu lelaki berusia 32 tahun itu bertindak menikam belakang isterinya.

Beliau berkata selepas menyerang isterinya Mohd Dzulkifli Ismail yang bekerja sebagai buruh kontrak bertindak mengelar leher sendiri menggunakan pisaunya.

“Kira-kira pukul 7.30 pagi kita telah menerima panggilan berhubung kes itu sebaik tiba di lokasi kejadian kita dapati mayat seorang lelaki terbaring di tepi rumah bersama sebilah pisau.

“Pemeriksaan awal ke atas mayat tersebut kita dapati terdapat dua kesan kelar pada lehernya,” katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Menurut beliau hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian jiran mangsa terdengar bunyi kecoh dan perempuan menjerit dari rumah mangsa dan mendapati pasangan itu sedang bergelut dan suaminya mengejar isterinya dengan sebilah pisau panjang.

Katanya jiran mangsa terus menjerit dan lelaki berkenaan terus melarikan diri ke dalam rumah, manakala isterinya menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan besar.

Wan Abdul Aziz berkata isterinya Sofia Talaha, 26, dijumpai orang awam kira-kira 200 meter dari rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Isteri mangsa sempat bercerita kepada pihak hospital, selepas subuh tadi dia telah didatangi suaminya dalam keadaan tertekan dan terus menikan belakangnya sebelum berlaku pergelutan,” katanya.

Ekoran kejadian itu wanita berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada bahagian belakang badan serta luka di pipi kiri serta kedua-dua tanganya.

Beliau berkata wanita berkenaan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dilaporkan kritikal.

Menurut Wan Abdul Aziz pihaknya telah merampas pisau kira-kira 30 sentimeter untuk siasatan lanjut dan menunggu isterinya sedar untuk siasatan seterusnya.

Katanya polis juga masih menyiasat motif utama kejadian yang menyebabkan suaminya bertindak agresif dan menyerang isternya sendiri sebelum mencederakan diri sendiri.

UTAMABERITASuami Mengamuk Tikam Belakang Isteri, Kelar Leher Sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium