UtamaNASIONALBunuh Bakar Tapah: Anak...

Bunuh Bakar Tapah: Anak Lelaki Mangsa Sering Lihat Suspek Hantar Mak Balik Rumah - pakdin.my

bunuh-bakar-tapah-suspek-lokasi

“Mak saya selalu hantar bas ke bengkel itu untuk dibaiki tapi masih rosak. Saya tengok dia (suspek) macam menipu mak saya,” kata R Durisinggam.

Anak lelaki kepada wanita yang juga pengusaha bas yang dipercayai dibunuh empat sekeluarga di Jalan Pahang, di sini, berkata ibunya, V Gunavathi, 56, sering menghantar bas yang rosak kepada suspek utama kes itu yang merupakan pemilik bengkel berkenaan.

“Saya selalu nampak suspek hantar mak saya balik ke rumah. Memang selalu. Mak saya tinggal bersebelahan rumah saya sahaja,” Durisinggam, 40-an, ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini Rabu.

Gunavathi yang dilaporkan hilang tahun lepas dipercayai antara empat mangsa pembunuhan kejam yang dilakukan empat sekeluarga itu.

Semua mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibakar dan tulang serta abu mayat dibuang ke Sungai Ceroh yang mengalir di belakang bengkel berkenaan.

Pembunuhan kejam itu terbongkar selepas polis menyerbu bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang di sini pada 26 Okt lepas, selepas mendapat maklumat mengenai seorang lelaki, Jasbeer Singh a/l Beer Sing yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 25 Ogos laluu.

Susulan itu polis membongkar kehilangan tiga lagi individu termasuk Gunavathi yang dipercayai mangsa pembunuhan kejam di bengkel sama dan polis percaya ada orang lain yang menjadi mangsa keluarga itu.

Durisinggam berkata dia mengetahui kehilangan ibunya tahun lepas selepas dimaklumkan rakannya.

“Ia berlaku pada Februari tahun lepas, saya ketika itu berada di Singapura melawat isteri dan anak di sana dan seorang kawan menelefon memberitahu mak saya tiada di rumah.

“Kalau tak silap, saya ke Singapura pada Jumaat dan kawan saya telefon pada Rabu minggu hadapannya,” katanya.

Durisinggam berkata dia pulang ke Tapah selepas mendapat tahu perkara itu dan terus membuat laporan polis.

“Sebelum ini, orang dekat sini tuduh saya bunuh mak, buat apa saya nak bunuh mak… pada masa itu saya di Singapura.

“Saya pun ada anak bini, buat apa saya nak bunuh mak sendiri. Sebelum ini saya pernah nampak orang lain gaduh dengan mak. Sebelum tahu berita ini, saya syak mak dibunuh,” katanya yang juga merupakan seorang pekebun.

Durisinggam berkata dia ke Singapura setiap bulan untuk melawat isteri dan anaknya di sana.

“Saya dapat tahu kes ini bersangkut paut dengan kehilangan mak selepas dihubungi polis baru-baru ini,” katanya sambil menambah bapanya sudah lama meninggal dunia.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...