UtamaNASIONALJiran dengar bunyi jeritan,...

Jiran dengar bunyi jeritan, bau seperti daging terbakar - pakdin.my


Anggota polis membawa seorang wanita dipercayai anak kepada 'suspek' ke lokasi bagi membantu pasukan forensik mendapatkan keterangan fizikal lanjut di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah.
Anggota polis membawa seorang wanita dipercayai anak kepada ‘suspek’ ke lokasi bagi membantu pasukan forensik mendapatkan keterangan fizikal lanjut di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah.

TAPAH – “Saya pernah terde­ngar dua kali jeritan dan tangisan seolah-olah meminta tolong di sekitar bengkel, tetapi saya fikir mungkin anak pemilik bengkel itu yang menjerit.”

Demikian dakwaan seorang wa­nita yang hanya mahu dikenali sebagai Zah ketika ditanya mengenai kes pembunuhan empat individu yang terbongkar selepas penahanan seorang lelaki bersama tiga ahli keluarganya di rumah mereka yang terletak di dalam kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini.

Menurut wanita berusia 50-an itu, dia beranggapan demikian ke­rana salah seorang daripada anak lelaki tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU).

Dakwanya, dia juga pernah terhidu bau hanyir dan busuk seolah-olah bau bangkai apabila berada berdekatan sungai yang terletak berhampiran tempat suspek dipercayai melakukan pembunuhan itu.

“Kira-kira dua bulan lalu pada pukul 8 malam, saya ada lihat asap tebal dari arah rumah suspek. Saya fikir mungkin dia membakar tayar atau wayar seperti selalu tetapi kali ini berbeza kerana asapnya sangat hitam seperti orang membakar mayat.

“Saya tidak terfikir apa-apa cuma pelik sebab selain berwarna hitam pekat, bau asap itu sangat teruk dan busuk seperti bau darah dan daging terbakar,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran rumah suspek berkenaan.

Wanita itu memberitahu, walaupun lelaki itu telah lama tinggal di kawasan tersebut, namun mereka sekeluarga tidak pernah bergaul dengan penduduk setempat.

“Mereka memang jenis sombong dan tidak menegur orang. Anak lelaki saya juga pernah dimarahi apabila mahu mendekati sungai itu dan kami juga dilarang keras mengambil buluh di belakang rumahnya,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Zah yang berusia 25 tahun berkata, dia tidak menyangka tindakan suspek memagar kawasan rumahnya menggunakan kepingan zink rupa-rupanya bertujuan mengaburi pandangan penduduk sekitar.

Katanya, lelaki itu juga sejak beberapa bulan kebelakangan ini se­ring dilihat seolah-olah memantau keadaan rumahnya dari arah seberang sungai.

“Dia sering datang dan kelihatan seperti sedang meninjau keadaan rumahnya dari arah sini (seberang sungai). Kadang-kadang dia naik ke atas (bukit) dan melihat dari sudut atas.

“Walaupun pelik, kami tidak be­rani bertanya dan hanya melihat sahaja tindak-tanduknya. Lagipun, mereka sekeluarga jenis tidak bercampur orang, jadi kami memang tidak berani untuk bertegur sapa dengan mereka,” dakwanya.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...